Sabtu, 6 Julai 2019

Jauhilah DOSA-DOSA besar....!


Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitahu bahawa menjauhi dosa-dosa BESAR akan menyebabkan seseorang itu mendapat KEAMPUNAN Allah dan di masukkan ke dalam syurga-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلًا كَرِيمًا
“Jika kamu menjauhi dosa-dosa BESAR di antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).” [Surah an-Nisaa’ ayat 31]
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَاللَّهِ إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” [Hadith Riwayat Bukhari]
Baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,
يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّى أَتُوبُ فِى الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ
“Wahai sekalian manusia. Taubatlah kepada Allah karena aku selalu bertaubat kepada-Nya dalam sehari sebanyak 100 kali.” [Hadith Riwayat Muslim]

Untuk itu kita semua perlu tahu apakah DOSA-DOSA BESAR...? Dan itu perlu kepada ILMU.
Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.